Berita Utama

Politik

Aduan Rakyat

Agama

Isu Semasa

Kebajikan

Aktiviti

Ekonomi

Kolumnis

Komentar

BlogList Malaysia

Selatan Online

Sesi Dialog Loji Petrokimia Kuokuang Pengerang Kecoh

Posted by Nusajaya Kini on 22 Mei 2013 | 1 komen pembaca | Leave a comment...

Sesi dialog awam yang dianjurkan oleh syarikat konsultansi alam sekitar yang bertanggungjawab menyipakan laporan kajian penilaian impak alam sekitar terperici (DEIA) bagi salah satu projek gergasi hub pembangunan Pengerang, iaitu Loji Petrokimia Kuokuang, bertukar menjadi kecoh. 

Hal ini kerana pihak Eco Daya Techno Sdn Bhd yang telah meninggalkan Dewan Poh Ann Kong sebelum selesai hadirin bertanyakan soalan-soalan mereka.

Sebagai mahasiswa didalam bidang kimia, saya terpanggil untuk menyertai dialog awan tersebut bagi bertanya soalan tentang beberapa kemusykilan yang timbul. Sebagai memenuhi tuntutan undang-undang Negara, Penyediaan EIA adalah mandatori di bawah Section 34A, Akta Alam Sekeliling, 1974 untuk pembangunan loji minyak & petrokimia.

Sesi dialog awam ini sepatutnya menjadi medan untuk penduduk tempatan yang bakal dipindahkan bagi tujuan pembangunan loji petrokimia ini bertanyakan soalan dan memberI cadangan untuk penambahbaikan penyediaan laporan impak DEIA ini.

Berikutan kegagalan pihak konsultansi yang dilantik menjawab persoalan penduduk, sesi dialog ini bagi saya adalah gagal. Persoalan pertama yang saya ingin lontarkan ialah status syarikat Eco Daya Techno Sdn Bhd yang mengendalikan laporan DEIA bagi projek ini yang merupakan projek petrokimia gergasi, adalah syarikat yang sangat baru dan kurang berpengalaman dalam menyediakan laporan penilaian impak alam sekitar terperinci. 

Seterusnya, syarikat ini juga tidak boleh memberi maklum balas yang meminta penduduk mencari maklumat berkenaan soalan yang diajukan didalam internet yang menafikan hak penduduk didalam sesi dialog.

Syarikat yang dilantik juga hendaklah membuat sedikit kajian tentang kegagalan projek petrokimia gergasi ini dijalankan di Taiwan dan perlu merujuk laporan DEIA yang telah dikeluarkan di negara tersebut bagi projek ini. Selain itu, pihak konsultansi yang dilantik juga gagal memberikan anggaran impak kesihatan dan langkah-langkah pencegahan yang perlu dilakukan penduduk.

Secara keseluruhan, saya merasakan satu dialog awam yang terperinci perlu dianjurkan sekali lagi oleh syarikat konsultansi yang dilantik bagi menyediakan DEIA, dengan memberi gambaran menyeluruh kepada penduduk yang terlibat tentang projek yang bakal dilaksanakan dan saya berharap juga laporan yang disediakan juga telus dan berintergriti.

Faizuan Bin Abdullah
Mahasiswa Doktor Falsafah
Sains Kimia, UTM.
 

Buat Laporan Polis Kalau PBT Enggan Bekerjasama

Posted by Nusajaya Kini on 21 Mei 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

BATU PAHAT – “Buatlah laporan Polis,” demikian cadangan Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang kepada semua wakil rakyat dari Pakatan Rakyat (PR) jika permohonan untuk menggunakan harta awam di kawasannya ditolak oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Selain bertujuan supaya rakyat mengetahui sikap tidak profesional PBT terbabit ketika menjalankan tugas kata Dr Ungku lagi.

Malah, ia dilakukan agar penganjur tidak dipersalahkan umum kerana menganjurkan sesuatu program di tempat yang tidak sesuai.

“Seterusnya jangan di persalahkan jika YB tuan/puan terpaksa mengadakan majlis di lokasi yang tidak sesuai atau boleh dikaji sejauh mana boleh mengheret mereka ke muka pengadilan .

“Tindakan tidak bertamadun dan tidak menghormati rakyat sebagai pemilih yang wajib mendapat hak mereka di sebuah negara Demokerasi mesti di perangi habis-habisan.

“Semoga akan lahirlah sebuah negara yang rakyatnya hidup 'Bebas dan Merdeka Tanpa UMNO dan BN',” katanya lagi.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan ibn bacoks semalam yang berbunyi salah satu daripada Pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah ini ditegur kerana mengamal sikap tidak matang dan profesional dalam menjalankan tugasnya.

Tindakan seperti tidak membenarkan penggunaan dewan awam kepada penyandang Kerusi Parlimen Batu Pahat adalah suatu yang tidak wajar dan ini menandakan pemikiran PBT terbabit masih ditakuk lama.

Sumber : Ibn Bacoks

PBT Ditegur Kerana Tidak Profesional

Posted by Nusajaya Kini on | 0 komen pembaca | Leave a comment...

BATU PAHAT – Salah satu daripada Pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah ini ditegur kerana mengamal sikap tidak matang dan profesional dalam menjalankan tugasnya.

Tindakan seperti tidak membenarkan penggunaan dewan awam kepada penyandang Kerusi Parlimen Batu Pahat adalah suatu yang tidak wajar dan ini menandakan pemikiran PBT terbabit masih ditakuk lama.

Menurut Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang, pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat wajar menghormati keputusan penduduk bandar Penggaram dan Batu Pahat yang memilih Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan raya Umum (PRU) 13 lalu.

“Dengan tidak membenarkan penggunaan Dewan Jubli Intan dan Dataran Penggaram bagi tujuan Majlis Keraian PR menunjukkan sikap tidak profesional mereka.

“Selangor, Kelantan, Pulau Pinang walaupun dikuasai PR, tidak pernah bersikap sedemikian terhadap program BN.

“Nak tanya semua harta itu milik rakyat atau milik MPBP atau milik UMNO BN? Mana slogan Rakyat Di dahulukan?,” katanya dalam satu kenyataan.

Sumber : Ibn Bacoks

Analisis Awal Jabatan Pilihanraya PAS Johor PRU-13

Posted by Nusajaya Kini on 19 Mei 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...




Dun Sg Abong PAS (Dr Syeikh Ibrahim Salleh) 14084 BN 10271 Menang majoriti 3813
Dun Puteri Wangsa PAS(Ustaz Abdullah Husin) 20357 BN 16888 Menang majoriti 3469
Dun Maharani PAS (Dr Mohamad Taslim) 12731 BN 9595 Menang majoriti 3136
Dun Pt Yaani PAS (Hj Aminolhuda Hassan) 11278 BN 10090 Menang majoriti 1188

Dun Gambir PAS (Dato' Dr Mahfodz Mohamed) 8395 BN 8705 Kalah majoriti 310
Dun Mahkota PAS (Khairulfaizi Ahmad Kamal) 18323 BN 19431 Kalah majoriti 1108
Dun Pemanis PAS (Normala Sudirman) 8976 BN 10305 Kalah majoriti 1329
Dun Tenang PAS (Md Zin Johar) 6335 BN 7921 Kalah majoriti 1586
Dun Sg Balang PAS (Malik Mohd Diah) 8081 BN 9716 Kalah majoriti 1635
Dun Senggarang PAS (Dr Ramli Md Kari) 9285 BN 11368 Kalah majoriti 2083
Dun Nusajaya PAS (Salahudin Ayub) 20965 BN 23166 Kalah majoriti 2201
Dun Serom PAS(Azmi Ahmad) 9354 BN 11618 Kalah majoriti 2264
Dun Endau PAS(Ust Azam Abd Razak) 6073 BN 9183 Kalah majoriti 3110
Dun Bkt Permai PAS( Mazlan Aliman) 7867 BN 11236 Kalah majoriti 3369
Dun Buloh Kasap PAS(Firdaus Mas'od) 6078 BN 9448 Kalah majoriti 3370
Dun Pulai Sebatang PAS(Ungku Mohd Noor Mahmod) 10142 BN 13554 Kalah majoriti 3412

Terdapat 12 Dun yang PAS tandingi di Johor kali ini kalah dengan majoriti tipis dan memperolehi lebih 40% undi. Dun Bkt Permai adalah Dun yang peratusan keluar mengundi paling tinggi di Johor iaitu 90.10%.

Sejumlah 292,588 pengundi telah mengundi PAS berbanding 408,776 pengundi mengundi BN. Jumlah ini adalah merangkumi 40.76% keseluruhan pengundi di DUN PAS bertanding. Ini adalah peningkatan sejumlah 7.9% berbanding PRU 12.

Isu perkauman yang dieksploitasi secara terancang dikenalpasti antara punca utama undi melayu menyokong BN.

Menurut Mazlan Aliman, Tn. Hj. Dzulkefly Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor telah diamanahkan mengetuai Jawatankuasa Postmortem PAS Johor bersama pasukannya akan membentangkan hasil bedah siasat dalam tempoh 1-2 bulan lagi.

Dekati Kaum Cina Dengan Cara Yang Paling Baik

Posted by Nusajaya Kini on | 0 komen pembaca | Leave a comment...

 Oleh: Ibn_Bacoks

PONTIAN – Dr Ungku Mohd Noor Ungku Mahmood, Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Pulai Sebatang berkata Allah SWT telah menjinakkan hati orang bukan Islam kepada PAS walaupun sudah berpuluh tahun mengajak Melayu untuk bersama namun mereka enggan.

Oleh itu sarannya lagi, dekati, bergaul dengan lebih baik dan tunjukkan akhlak mulia ajaran Islam kepada mereka kerana itulah ciri dakwah yang dilakukan Nabi Muhammad saw.

“Selama ini Kerajaan pimpinan UMNO gagal mempamerkan akhlak Islam kepada bukan Islam, sehingga mereka menganggap Islam itu buruk.

“Inilah yang tidak disedari oleh orang Melayu penyokong UMNO,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Ungu berkata lagi, mereka tidak dapat membezakan di antara Cina yang baik dan Melayu yang jahat.

Hal ini Kerana fahaman perkauman yang menebal lalu mereka terus bersama Melayu yang jahat, semata-mata atas dasar satu bangsa Melayu.

” Memetik Sabda Nabi ‘Bukan dari golongan ku mereka yang berjuang atas dasar perkauman yang sempit’.

“Oleh kerana pemimpin bangsa Melayu buat salah, rasuah, rompak harta negara, hina caci ulamak pun orang melayu terus sokong kerana sebangsa.

“Kembalilah pada perjuangan Islam. Nabi tidak perjuangkan Bangsa Arab. Apa mulianya bangsa Melayu berbanding bangsa Nabi sendiri. Islam untuk semua bangsa di dunia ini, ” PAS FOR ALL “.

“Insaflah. Jangan terpedaya dengan doktrin dan pemimpin UMNO yang telah jauh terpesong, mabuk dunia dan gila kuasa, jauh dari cinta akan Agama.

“AWAS ! dan berhati-hati terhadap apa sahaja kenyataan manusia bernama Mahathir , makhluk perosak , ” Bapa Rasis , Grand Design Malaysia,” katanya lagi.

UMNO Jangan Cemburu

Posted by Nusajaya Kini on | 0 komen pembaca | Leave a comment...

 Oleh: Ibn_Bacoks

PARIT YAANI – Para pemimpin UMNO-BN diingatkan agar tidak cemburu dengan perkembangan golongan kaum Tionghua yang begitu mesra dengan PAS.

Hal ini kerana, kata Yb Aminohuda Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Parit Yaani, pendekatan dan penampilan para pemimpin dan penyokong PAS amat berbeza dengan para pemimpin UMNO-BN.

“Sokongan kepada PAS dari kalangan pemuda Cina Johor amat ketara. Mengapa mereka bertindak sedemikian?

“Mereka telah jumpa bahawa pemimpin Melayu yg paling telus, amanah dan bersikap terbuka ada dalam PAS iaitu YB tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. 23 tahun mentadbir Kelantan tiada seorang pun wakil rakyatnya yang didakwa rasuah, pecah amanah atau salah guna kuasa.

“Inilah sebabnya kaum lain kagum kepada piminan PAS. Janganlah UMNO cemburu dengan kepercayaan orang lain kapada PAS,” katanya dalam satu kenyataan.

Johor Bukan Lagi Kubu Barisan Nasional

Posted by Nusajaya Kini on 11 Mei 2013 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

KUALA LUMPUR, 10 Mei — Johor bukan lagi kubu kuat Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya baru-baru ini dan PAS akan terus mengasak tempat kelahiran parti Umno tersebut, kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.

Salahuddin juga menyatakan komitmennya untuk terus berkempen di Johor dan menjadikan negeri tersebut destinasi tetap walaupun tewas di kedua-dua kerusi yang ditandinginya memandangkan sokongan kuat yang diterimanya pada pilihan raya baru-baru ini.

“Selepas ini, hidup dan mati saya adalah di Johor, saya akan fokus untuk bantu PAS di sini.

“Walaupun tewas di kerusi Nusa Jaya dan Pulai, sokongan pengundi di kawasan itu meningkat malahan saya hanya tewas kerana undi awal dan pos,” kata Salahuddin dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS di sini.

Salahuddin tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusa Jaya hanya dengan majoriti 2,201 kepada calon BN, manakala di kerusi Parlimen Pulai pula beliau tewas sebanyak 3,226 majoriti, satu pencapaian yang baik berbanding pada tahun 2008 dahulu.

Di samping itu, Salahuddin juga mengganggap prestasi keseluruhan Pakatan Rakyat (PR) di negeri Selatan semenanjung tersebut adalah membanggakan selepas berjaya memenangi 18 daripada 56 kerusi dewan undangan negeri (DUN) negeri tersebut.

“Bagi saya prestasi Pakatan di Johor sangat membanggakan dengan kemenangan 18 kerusi Dun.

“Malah sehingga kini, tiada pemerhati dan penganalisis berani mengatakan Johor adalah kubu kuat BN lagi... malah, banyak kerusi yang ditandingi Pakatan tewas tipis sahaja,” tambahnya lagi.

Menurut Salahuddin lagi, taraf negeri Johor kini adalah sama seperti negeri Kedah, Perak dan Negeri Sembilan selepas Pilihan Raya 2013, di mana ia dianggap sebagai kerusi boleh menang PR pada pilihan raya yang mendatang.

Dalam isu berasingan, Salahuddin memberitahu wartawan bahawa nombor telefonnya telah diklon dan menyebabkan beberapa pesanan ringkas berbau perkauman disebarkan.

Salahuddin berkata satu laporan polis sudah dibuat Kota Bharu semalam, serta pada masa sama menggesa pihak pengendali talian telefonnya Celcom tampil membuat penjelasan kepada orang ramai supaya imejnya tidak tercalar akibat tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang berbuat demikian.

“Saya harap Celcom membuat penjelasan tentang perkara ini.

“Ia telah melanggar hak peribadi saya di samping menghantar pesanan ringkas yang tidak pernah saya sendiri tulis,” kata Salahuddin lagi.

BN memenangi 133 berbanding 222 kerusi yang dipertandingkan untuk parlimen, menurun tujuh kerusi, kepada pembangkang jika dibandingkan dengan keputusan Pilihan Raya 2008.

Daripada 89 kerusi dimenangi PR, DAP memperolehi kerusi terbesar dengan 38 kerusi.

BN turut hilang undi popular kepada PR — pertama kali sejak 1969 ketika parti itu dikenali sebagai Parti Perikatan.

Sumber: The Malaysian Insider

Terbaru di Nusajaya Kini

Manifesto Rakyat Johor

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini