BlogList Malaysia

Selatan Online

Penduduk lebih percaya PAR urus masalah pembuangan sampah haram

Posted by Nusajaya Kini on 20 Disember 2011 | 0 komen pembaca | Leave a comment...

Sampah yang dibakar secara haram
PASIR GUDANG, 20 Dis 2011 - Lebih 1000 keluarga di Taman Megah Ria Pasir Gudang dekat sini menghadapi masalah bau busuk setiap hari dikatakan berpunca daripada pembuangan sampah secara haram yang terletak berhampiran rumah mereka.

Keadaan itu menyebabkan penduduk menghadapi masalah bau busuk kerana jarak tempat pelupusan sampah haram itu hanya kira-kira 50 meter daripada rumah mereka.

Masalah bau busuk yang dihadapi penduduk menyebabkan mereka terpaksa menutup pintu dan tingkap rumah sepanjang hari bagi mengelakkan bau, habuk serta asap hitam memasuki rumah.

Tidak cukup dengan itu, masalah pencemaran udara yang teruk sehingga ada penduduk, terutama kanak-kanak menghidap penyakit kulit gatal dan kesukaran bernafas.

Seorang penduduk, Mis Lim , berkata, dia terpaksa menutup pintu sepanjang hari berikutan tidak tahan bau busuk dari tapak pelupusan sampah secara haram.

Menurutnya, mereka terpaksa menghadapi bau busuk terutamanya pada waktu petang dan keadaan bertambah teruk apabila angin bertiup kencang, Perkara yang paling memalukan apabila saya menerima kunjung rakan saya.

Syed Othman bersama wartawan di kawasan kejadian
''Keadaan ini sudah pun berlarutan sejak satu bulan yang lalu. Masalah bau busuk ini bertambah teruk apabila tiba musim hujan..saya ada mengadu kepada Pihak JAS ..Jabatan Alam Sekitar..tetapi tiada tindakan sehingga kawan saya cadangkan ,supaya saya hubungi Pusat Aduan Rakyat Syed Othman Syed Abdullah."

Bagi pihak PAR saya telah Hubungi Pihak Jabatan Alam sekitar Johor supaya ambil tindakan segera terhadap isu ini, dan mereka JAS janji akan menyelesaikan isu ini segera. Hasil pemantauan yang di buat oleh Pihak PAR mendapati berapa buah lori satu tan membuang pelbagai sampah di kawasan tersebut.

Sumber : Selatan Online

YDP PAS Kluang gesa penduduk siap siaga hadapi banjir

Posted by Nusajaya Kini on | 0 komen pembaca | Leave a comment...

KLUANG, 20 Dis 2011 - YDP PAS hari ini menggesa supaya penduduk segera bersiap sedia menghadapi banjir pada bila-bila masa, khususnya penempatan di kawasan rendah.

Kesan Ribut Tropika “Washi” yang terbentuk kira-kira 420km ke barat laut Palawan, Filipina pada 5.45 pagi ini yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia menyebabkan beberapa kawasan di daerah Johor dinaiki air.

Berikut pesanan dan nasihat YDP  PAS Kluang berhubung masalah banjir.

Assalamualaikum dan salam perjuangan,

Saya menjangkakan bahawa di seluruh negara ketika ini sedang berhadapan dengan penurunan hujan yang sekata. Sepanjang hari ini di Kluang hujan turun dengan agak lebat dan kadang-kadang renyai-renyai.

Rata-rata memberikan laporan bahawa hujan terus turun di merata tempat.

Saya tidak fikirkan sangat dengan hujan yang turun dengan lebatnya pada hari ini atau pada hari-hari terdahulu tetapi apabila hujan turun dengan lebat membawa makna bahawa kemungkinan banjir akan berlaku adalah tinggi.

Kluang adalah merupakan di antara kawasan yang tidak terkecuali daripada banjir kerana sejarah Kluang telah membuktikan bahawa Kluang pada asalnya adalah merupakan sebuah kawasan berpaya dan mudah ditenggelami air. Sebuah kampung di Kluang dikenali sebagai Kampung Paya adalah merupakan salah satu bukti bahawa Kluang adalah sebuah kawasan berpaya pada satu masa dahulu.

Sejarah Kluang dapat diteliti daripada wikipedia yang cukup menarik untuk dibaca.

Kluang pernah dikenali ramai dengan satu peristiwa banjir besar pada tahun 1969. Walaupun pada ketika itu saya masih belum lahir lagi namun ia telah mencatatkan satu sejarah besar kepada Kluang.

Selepas daripada itu banjir masih terus berlaku di Kluang namun ia melibatkan beberapa kawasan yang rendah seperti Kampung Palembang, Kampung Bentong Dalam, Kampung Cacing dan beberapa kawasan rendah yang lain.

Pada awal tahun ini sebenarnya Kluang telah dilanda banjir dan saya masih ingat lagi apabila banjir yang berlaku pada ketika pengundi di Dun Tenang terpaksa bergegas pulang ke rumah masing-masing untuk menyelamatkan harta benda kerana hujan lebat yang telah turun sejak beberapa hari mengakibatkan banjir di beberapa lokasi termasuk di tengah bandar Labis.

Ketika itu, saya telah dihubungi oleh keluarga memaklumkan rumah ibu saya dinaiki air namun apakan daya kerana rumah penginapan Pemuda PAS Johor di Labis juga di naiki air dan saya tidak mampu untuk ke mana-mana.

Dengan hujan yang masih turun dengan kadar berterusan ini, saya melihat ia akan membawa kepada air naik ke tahap yang bahaya dan akan menyebabkan banjr boleh berlaku. Sebentar tadi, sahabat saya di Kampung Palembang telah menghantar SMS memaklumkan agar saya dan rakan-rakan lain bersiap sedia untuk membantu mereka di sana kerana paras air telah naik dan jika hujan berterusan maka tidak mustahil banjir akan berlaku.

Apapun, beberapa tips untuk menghadapi banjir saya kemukakan di sini untuk panduan kita bersama:-

  1. Simpan nombor-nombor perhubungan penting seperti nombor ahli keluarga, jiran, balai polis terdekat, bomba untuk kegunaan semasa kecemasan;
  2. Peka kepada keadaan sekeliling, bunyi/ isyarat-isyarat amaran serta kenal pasti laluan tinggi dan selamat untuk ke pusat pemindahan; Bersiap sedia untuk berpindah sekiranya diarahkan oleh pihak berkuasa.
  3. Dapatkan maklumat terkini cuaca dan situasi banjir melalui saluran radio, televisyen dan internet;
  4. Simpan semua dokumen penting di dalam bekas/beg/fail di tempat yang tinggi dan mudah diambil sekiranya perlu berpindah ke pusat pemindahan
  5. Sediakan barang keperluan asas yang paling penting seperti susu anak, ubat-ubatan, lampu suluh, beg pakaian dan peralatan lain sebelum diarah berpindah;
  6. Simpan barang berharga di tempat tinggi yang tidak ditenggelami air sekiranya berlaku banjir;
  7. Simpan air bersih di dalam botol untuk kegunaan memasak dan sebagai air minuman;
  8. Simpan/ikat dengan ketat barang-barang yang diletakkan di luar rumah seperti perabot taman, basikal, tong sampah dan sebagainya untuk mengelak dihanyutkan banjir;
  9. Pastikan kenderaan dan peralatan membaiki kenderaan anda berkeadaan baik sebagai persediaan berpindah;
  10. Dapatkan insurans banjir jika berkemampuan.


Mudah-mudahan Allah menjauhkan penduduk Kluang daripada banjir.

Wassalam.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Yang Di Pertua PAS Kawasan Kluang

Sumber :  http://mahkotaprihatin.blogspot.com/

Mangsa banjir Johor meningkat ke 1,718

Posted by Nusajaya Kini on | 0 komen pembaca | Leave a comment...

JOHOR BAHARU, 20 Dis (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Johor setakat 10 pagi tadi meningkat kepada 1,718 orang berbanding 1,011 orang semalam.

Menurut Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor, sebanyak 28 pusat pemindahan banjir dibuka.

Empat lagi pusat pemindahan dibuka di Kluang iaitu Sekolah Kebangsaan (SK)Sungai Linau, Dewan Parit Haji Hassan, Balairaya Kampung Bentong, Sekolah Agama Kampung Tengah 1 menjadikan 16 pusat pemindahan yang dibuka di daerah itu.

Jumlah mangsa di daerah itu meningkat daripada 754 kepada 1,039 mangsa.

Pusat pemindahan lain di Kluang ialah Balai Raya Kampung Kolam Air; Balai Raya Kampung Berasau; Kampung Orang Asli Sungai Peroh; Balai Raya Kampung Punchor; Balai Raya Taman Puteri; Balai Aktiviti Kampung Contoh; Balai Raya Kampung Batu 4, Paloh; Balai Raya Kampung Muhibbah; Balai Aktiviti Kampung Melayu Mardi; SK Sri Kencana, Simpang Renggam; Balai Raya Kampung Mengkibol; dan SJK (C) Ping Min.

Dua lagi pusat pemindahan yang baru dibuka di Batu Pahat iaitu Taman Sri Kota dan SK Kota Dalam, kedua-duanya di Yong Peng berbanding satu sahaja semalam iaitu di Balairaya Kampung Parit Haji Kamisan dengan keseluruhan mangsa setakat 10 pagi seramai 65 orang.

Dua pusat pemindahan juga dibuka di Pontian iiatu SK Melayu Raya dan Surau Kampung Tampok Laut dengan mangsa seramai 74 orang.

Di Segamat, pusat pemindahan kekal tiga iaitu di Balai Islam Kampung Paya Dalam, Balai Raya Spangloi; dan Balai Raya Kg Usaha Jaya tetapi jumlah mangsa meningkat kepada 86 mangsa berbanding 81 mangsa semalam.

Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke SK Batu 10, Skudai, Johor Baharu meningkat kepada 361.

Jumlah mangsa di Balai Raya Kampung Sungai Berangan, Kota Tinggi meningkat kepada 17 orang.

Dua lagi pusat pemindahan dibuka hari ini iaitu Dewan Raya Kampung Murni Jaya dan Dewan Raya Kampung Sungai Siam di Kulai Jaya dengan 76 mangsa banjir.

Sumber : Bernama

Dun BENUT Lahirkan Ramai Pimpinan PAS JOHOR

Posted by Nusajaya Kini on | 0 komen pembaca | Leave a comment...

BENUT, 20 Dis 2011- Benut bagi kebanyakan orang dianggap asing kerana mungkin tiada catatan sejarah mahupun peristiwa penting yang berlaku bagi menonjolkan pekan tersebut kepada umum.

Namun bagi kebanyakan orang tua-tua di Dun ini, mungkin masih mengingati bahawa salah satu tempat yang menjadi perintis kepada pergerakan PAS itu menapak adalah di pekan ini berbanding di tempat-tempat lain dalam negeri Johor.

Dalam erti kata yang lain, PAS sudah punya penyokong sejak dahulu lagi. Buktinya, untuk rekod, cawangan kedua PAS di negeri Johor ditubuhkan di Benut pada 6 Mei 1959. Selepas itu beberapa cawangan lagi menyusul seperti di Sungai Tempayan, Pontian (24 Mei 1959), Pulai Sebatang, Pontian (3 Ogos 1959) dan Kampung Parit Kerimun, Benut (4 Ogos 1959).

Untuk paparan kali ini, Mtd-Benut.blogspot.com cuba menyorot seorang tokoh iaitu Haji Yusof Hakim, merupakan Pesuruhjaya PAS Johor yang Keempat iaitu dari 1969-1972. Beliau dipercayai berasal dari Benut, Johor.

Dilantik memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Johor yang Keempat dengan menggantikan Hajah Khadijah Sidek yang telah meninggalkan PAS tahun 1969. Sebagaimana gigihnya pimpinan-pimpinan terdahulu dalam memimpin PAS Johor, Haji Yusof Hakim juga tidak terkecuali dari memikul amanah ini.

Walaupun pada masa itu PAS Johor telah menunjukkan perkembangan yang agak memberangsangkan terutamanya di Batu Pahat, Rengit dan Senggarang namun bagi mengembangkan pengaruh PAS yang berada dalam keadaan begitu dhaif ketika itu, beliau telah mengorbankan banyak masa, tenaga dan juga wang ringgit semata-mata melihat cahaya Islam bersinar di negeri ini.

Dalam pada itu, kawasan dan cawangan masih tidak dapat ditubuhkan di seluruh negeri namun pengaruh PAS sudahpun menjalar ke beberapa kawasan lain seperti Mersing dan Muar. Ini terbukti apabila terdapat ramai calon PAS bertanding sejak pada pilihan raya Umum 1959 walaupun kawasan dan cawangan masih tidak wujud lagi di tempat bertanding pada ketika itu.

Justeru, adakah Benut bakal memberi kejutan kepada UMNO dalam PRU yang akan datang? Jawapan mudah, WalLahu A'lam bissawab.

Sumber : MTD PAS Benut

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini