BlogList Malaysia

Selatan Online

Analisis PRU 13 : Mimpi Ngeri BN Untuk Johor

Posted by Nusajaya Kini on 26 Januari 2012 | 7 komen pembaca


Ketika BN berangan-angan ingin merampas kembali negeri –negeri yang ditadbir oleh PR , tiba - tiba seorang pensyarah universiti membayangkan bahawa Johor berada dalam keadaan bahaya bagi BN.

Johor sebenarnya bukan lagi kubu kuat UMNO selepas pilihanraya 2008 apabila dua kerusi UMNO telah ditawan oleh PAS . Dua orang professional PAS telah berjaya memenangi kerusi Sungai Abong dan Maharani.

Walaupun begitu , pilihanraya 2008 masih menyaksikan pengaruh UMNO masih kuat di kebanyakan kerusi lain. Manakala undi orang Cina dan India walaupun berubah ke PR , tapi masih kecil hanya menjangkau purata 55 % sahaja.

Inilah yang menyebabkan UMNO masih memenangi majoriti kerusi di Johor walaupun jumlah pengundi bukan Melayu besar di kebanyakan kerusi di Johor.

Perubahan undi Cina yang tidak cukup besar ini juga menyebabkan DAP cuma mampu menawan 1 kerusi Parlimen iaitu Bakri dan 4 kerusi DUN iaitu Bentayan,Mengkibol, Skudai, Senai. MCA dan Gerakan masih mampu bertahan di Johor walaupun tsunami melanda negeri-negeri lain.

Bagi pilihanraya umum ke 13, mood pengundi Cina di Johor tidak lagi sama seperti pilihanraya 2008. Akibat rasisnya kempen UMNO dibantu oleh PERKASA dan NGO ciptaan UMNO.

Kemarahan orang Cina terhadap UMNO ini disedari oleh PR . Oleh kerana itulah , PR melalui DAP terutamanya begitu aktif mendaftar pengundi bukan Melayu.

Naib Presiden UMNO Shafie Afdal pernah memberi amaran bahaya pertambahan pengundi bukan Melayu di Johor.


Pengundi India pula tidak banyak berubah , UMNO mendakwa pengundi India sudah kembali kepada BN. Sebenarnya , pengundi India boleh berubah kepada PR dan kepada BN bergantung kepada pendekatan parti politik ini terhadap orang India. Maksudnya, pengundi India masih 50-50.

Hanya orang Melayu menjadi harapan UMNO di Johor . Namun begitu, terdapat perubahan orang Melayu terutama di kalangan generasi muda dan pengundi Bandar. Kemenangan PAS di Sungai Abong dan Maharani adalah bukti orang Melayu berubah.

Purata undi Melayu kepada PR masih di antara 10 hingga 35 %. Ada kerusi yang mencapai 35% tapi banyak kerusi masih di bawah 25%. Malah ada yang hanya 10%.

Perubahan pengundi Cina ini boleh menjangkau 75% di kerusi ditandingi DAP dan 65 % di kerusi yang ditandingi PAS dan PKR. Maknanya, melebihi purata undi pada pilihanraya 2008 iaitu 55% .

Hakikat yang perlu ditelan oleh UMNO adalah , jika peratus undi Cina ini mencapai tahap 55% DAP sudah berjaya memperoleh 1 parlimen dan 4 DUN. Manakala PAS mendapat 2 DUN. Berapa kerusi yang diperoleh oleh PR jika undi orang Cina menjangkau sehingga lebih 60%?

Bagi kerusi DUN , UMNO dan BN cukup berada di dalam kedudukan bahaya di 19 kerusi DUN dan 8 kerusi Parlimen yang mengandungi pengundi Melayu di bawah 50 %.

19 daripada 56 kerusi DUN sudah cukup menjadikan PR pembangkang yang kuat. 8 daripada 26 kerusi Parlimen sudah banyak membantu PR menuju Putrajaya.

DUN : Pengundi Melayu bawah 50%

1. Jementah
2. Tenang
3. Bekok
4. Tangkak
5. Bentayan (DAP)
6. Yong Peng
7. Pengaram
8. Layang-Layang
9. Paloh
10. Puteri Wangsa
11. Johor Jaya
12. Stulang
13. Pangkalan Ranting
14. Skudai (DAP)
15. Nusa Jaya
16. Bukit Batu
17. Senai (DAP)
18. Mengkibol (DAP)
19. Pekan Nanas

Parlimen : Pengundi Melayu bawah 50%

1. Segamat
2. Labis
3. Bakri
4. Tebrau
5. Pasir Gudang
6. Gelang Patah
7. Kulai
8. Kluang

Terdapat 9 kerusi DUN dan 8 kerusi parlimen mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 55%. Semua kerusi ini adalah tidak selesa bagi BN , PAS menang 2 kerusi di kerusi mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 55%.

28 kerusi DUN mempunyai pengundi Melayu di bawah 55% hanya memerlukan 1 kerusi lagi bagi membolehkan PR memerintah Johor.

DUN : Pengundi Melayu bawah 55%

1. Buluh Kasap
2. Pemanis
3. Sg. Abong (PAS)
4. Maharani (PAS)
5. Tiram
6. Permas
7. Kempas
8. Bukit Permai
9. Mahkota

Parlimen : Pengundi Melayu bawah 55%

1. Sekijang
2. Ledang
3. Batu Pahat
4. Simpang Rengam
5. Sembrong
6. Johor Bahru
7. Pulai
8. Tanjung Piai

Terdapat 6 kerusi DUN dan 1 kerusi parlimen yang mempunyai jumlah pengundi Melayu di bawah 60 %. Walaupun agak sukar kepada PR namun tidak mustahil PR boleh merampas kerusi-kerusi ini.

PR hanya mampu memerintah Johor jika 34 kerusi DUN yang mempunyai pengundi Melayu di bawah 60% dapat ditawan PR. Manakala 17 kerusi parlimen pula sudah lebih daripada cukup membantu PR memerintah Malaysia.

DUN : Pengundi Melayu bawah 60%

1. Kamelah
2. Jorak
3. Gambir
4. Bukit Naning
5. Parit Yani
6. Sengarang

Parlimen : Pengundi Melayu bawah 60%

1. Ayer Hitam

Berdasarkan fakta jumlah pengundi bukan Melayu yang besar inilah menyebabkan UMNO dan BN berada dalam kegelisahan menghadapi PRU 13. Presiden UMNO juga mengetahui hakikat ini, justeru itu tarikh pilihanraya juga mengambil kira mood pengundi di Johor.

Jika silap perkiraan , UMNO bukan sahaja tidak berjaya merampas kembali negeri yang diperintah PR. Sebaliknya, kubu kuat UMNO juga bakal terlepas kepada PR.

Sumber : Tulahan

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


7 komen pembaca for "Analisis PRU 13 : Mimpi Ngeri BN Untuk Johor"

  1. Habeb Zainal El Yamani says:

    Salam. Minta sikit masa tuan tlg dengar kejap nasihat ini jika tuan percaya bahawa ulama/ustaz ada lah waris nabi: http://www.youtube.com/watch?v=DHrzpaouW8Y&feature=player_embedded

  2. Tanpa Nama says:

    Em aku rase BN still pegang johor tp PR akan rampas beberapa kerusi lagi..

  3. BN BangaNg says:

    Dey kekawan dulu pun KEDAH KUBU UMNO....X SALAH JOHOR KUBUR UMNO..KAHKAHKAHKAH.. YG DAH TUO X SEDDAR DIRI ASYIK NAK BERTANDING..YANG DAH KAKI SABOTAJ UMNO/BN PUN X NAK KALAH NAK BERTANDING JUGAK..
    SUME TU GALI KUBUR MASUK SENDIRI LA.. HAHAHAHAHA..

  4. Tanpa Nama says:

    Saingan yang kuat... rasanya BN akan kekal di Johor... malah kerusi yang PAS ambil dlm PRU12...UMNO sapu semula...

  5. Tanpa Nama says:

    Insya ALLAH ini kali lah..
    Johor akan ditadbir o PR, kerana kebangkitan anak muda yg mahukan perubahan, dh lama sgt memerintah sampaikan segala agenda yg dibawa x releven n bykn sgt salah guna kuasa o kerajaan BN yg ade skang,

  6. osman pot dikson says:

    jika pr dpt kuasai 46% kws parlimen di Johor.............PR dijangka jadi kerajaan persekutuan...........jgn marah ya BN...........jom pi minum dulu

  7. Tanpa Nama says:

    Berdasarkan perkembangan semasa PR akan menang 50-60 kerusi Parlimen je. Yang lain adalah milik BN. Jadi PR akan terus jadi pembangkang kat Parlimen. Kalau tengok perhimpunan dan ceramah PR memanglah ramai sebab yang datang tu dari seluruh Malaysia....Utara, selatan, timur dan barat bahkan Sabah dan Sarawak. InsyaAllah BN akan terus memerintah dan meneruskan legasi pejuangan yang diredhaiNya. Amin

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini