BlogList Malaysia

Selatan Online

Hang Tuah Masih Hidup

Posted by Nusajaya Kini on 26 Mac 2012 | 0 komen pembaca


Bicara Kolumnis : AMNI JAGAT

Sama ada benar atau tidak mengenai kisah laksamana Hang Tuah bukanlah sebuah tajuk cerita untuk artikel ini. Memang banyak definisi yang terlalu abstrak dalam karya-karya mengenai laksamana agung Melaka itu. Ternyata ada yang mempertikaikan ada pula yang mengiyakan.

Dari sejarah, dapat kita pelajari kewujudan Hang Tuah di kurun ke-16 adalah sebuah pembinaan tamadun pemikiran untuk sesuatu bangsa. Dalam hal yang lain pula, watak Hang Tuah banyak dikaitkan dengan semangat dan jati diri bangsa melayu.

Di dalam kitab melayu ‘Sulalatus Salatin’ telah menyebut tentang kewujudan seorang laksamana Melaka yang bernama Hang Tuah. Perkara ini disokong pula dengan penemuan artifak serta prasasti berkenaan kewujudan diri laksamana tersebut.

Ternyata secara realitinya, kewujudan Hang Tuah boleh dimajoritikan sebagai dogma melalui hasil penemuan-penemuan yang telah ditemukan. Andai ada pertikaian yang berlaku itu bukanlah berdasarkan hal sebenar berkenaan diri Hang Tuah malah ia lebih kepada cerita-cerita yang ditambah dari turun temurun seperti Hang Tuah lenyap di Gunung Ledang dan sebagainya.

Bila menyebut soal keperibadian Hang Tuah, pasti umum juga tertarik dengan peristiwa besar yang pernah berlaku di dalam kehidupan beliau. Hang Tuah telah dihukum pacung oleh Sultan Mansur Syah, arakian berlaku suatu peristiwa yang dikenang zaman sehingga hari ini yakni ‘amukan Hang Jebat’ saudara angkat Hang Tuah seperti disebutkan di dalam kitab ‘Sulalatus Salatin’.

Ukuran sejarah adalah sebuah hadaman yang perlu direnung untuk dijadikan santapan bermoral pada masa depan. Ini berlaku dalam pengajian mencari jati diri sesebuah bangsa. Maka jika kisah Hang Tuah serta peristiwanya sebagai mitos maka sesebuah jati diri itu tidak akan muncul.

Dalam perjalanan mengenali sejarah, kita tidak boleh membuang walau satu rangkap cerita sekali pun demi menyelamatkan karier atau kepentingan peribadi. Mana mungkin sejarah kewujudan Hang Tuah boleh dipandang mitos sedangkan hal ini berlaku di Melaka pada kurun ke-16.

Hari ini, watak dan keperibadian Hang Tuah sering dijadikan bahan untuk sesuatu kuasa yang terdesak menggunakannya. Dalam kajian yang telah dilakukan, sebutan nama Hang Tuah hanya dilaungkan bila mana sesuatu kuasa yang mulai tergugat cuba menaikkan semangat demi mempertahankan kepentingan mereka.

Kalau diukur semula, sememangnya kewujudan watak Hang Tuah di bumi Melaka itu adalah bertepatan membentuk keperibadian bangsa melayu. Hari ini melayu dapatlah dianggap sebagai keturunan Hang Tuah bukan secara rasminya tetapi secara tersembunyinya.

Dapat dijelaskan, setelah Sultan Mansur Syah menghukum pacung terhadap diri Hang Tuah tanpa kuat mengusul periksa, Hang Tuah tetap setia mendengar titah Sultan pada waktu itu. Selama bakti terhadap Sultan Mansur Syah, Hang Tuah tidak ada atau kurang melakukan taat setia beliau terhadap kebajikan rakyat jelata.

Tugas-tugas yang dititahkan Sultan kepada Hang Tuah hanyalah berdasarkan kepentingan dan kepuasan sekadar dalam kekuasaan Sultan sahaja. Inilah sebuah meditasi yang perlu ditimbang semula oleh bangsa melayu dalam menjalankan tugas taat setia seperti Hang Tuah.

Sultan boleh disamakan sebagai sebuah entiti yang berkuasa. Jika dulu istana berkuasa tetapi hari ini sistem pemerintahan berparlimen adalah sebagai dalang gantinya. Bila dilihat dari tindakan yang direalisasikan Hang Tuah pasti minda bangsa melayu telah dibenihkan dengan pemikiran ‘pantang melayu menderhaka’.

Perkara ini salah sama sekali. Dalam sisi soal ketaatan, sifat membabi buta bukan sebuah pilihan yang terbaik. Dengan sifat tidak menderhakalah dapat kita pelajari dari sejarah bumi Tanah Melayu telah dijajah kejam lebih tiga ratus tahun lamanya.

Minda seharusnya menjadi terbuka. Minda tidak boleh disusun atur sebagai medium yang mengikut tanpa berfikir. Benar sifat Hang Tuah yang setia itu bagus tetapi adakah ia memberi manfaat kepada seluruh hamba rakyat atau pada waktu itu kesetiaan Hang Tuah sebenarnya sedang dipermainkan oleh kuasa di istana untuk menjaga kepentingan kuasa peribadi semata.

Untuk menjadi masyarakat yang bertamadun, kesetiaan adalah asas tetapi bukanlah kesetiaan yang hanya mengikut telunjuk semata tanpa memberi ruang minda dan akal untuk berfikir akan buruk baiknya. Satu kata yang terlalu mudah ‘pemerintah yang berkuasa bukan malaikat’.

Konklusi dari tajuk yang dipampangkan di atas adalah untuk menceritakan peristiwa sebenarnya yang mana Hang Tuah itu sebenarnya sudah lama meninggal dunia tetapi Hang Tuah yang masih hidup itu adalah bangsa melayu yang telah didoktrinkan dengan sifat kesetiaan Hang Tuah.

Namun di dalam kitab ‘Sulalatus Salatin’ saya masih tidak menemui kata-kata Hang Tuah yang berbunyi ‘Tak melayu hilang di dunia’. Saya masih belum semak secara terperinci lagi dalam kitab ‘Hikayat Hang Tuah’ yang dikaji dan diperkenalkan oleh Kassim Ahmad.

• Terkenang dialog Noordin Ahmad ‘adakah perbuatan kau Tuah memberi manfaat kepada hamba rakyat?’ Skrip oleh Ali Aziz dalam filem Hang Jebat terbitan Cathay Keris Film.

**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


0 komen pembaca for "Hang Tuah Masih Hidup"

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini