BlogList Malaysia

Selatan Online

Penduduk Flat Jasa Dipukul Dan Diugut Samseng

Posted by Nusajaya Kini on 1 Januari 2013 | 5 komen pembaca


SKUDAI: Sepasang suami isteri telah diugut dan dipukul oleh sekumpulan samseng di sini semalam. Kejadian yang berlaku sekitar jam 8.15 malam ini menyebabkan kecederaan kepada Puan Siti Habibah apabila mangsa dicekik dan ditolak dengan kasar oleh beberapa orang samseng tersebut.

Menurut Puan Siti Habibah, samseng-samseng tersebut telah bertengkar dengan suaminya sebelum beliau cuba menghampiri suaminya untuk mengajak suaminya menghentikan pertengkaran dan pulang ke rumah. Malangnya, ketika beliau menghampiri tempat kejadian, mangsa telah dicekik dan ditolak dengan kasar.

"Saya terdengar pertengkaran diantara suami saya, Muhammad Daniel Iqwan Chong (gambar) bersama salah seorang pihak pengurusan pangsapuri iaitu Norizam Tan. Saya cuba mendapatkan suami saya namun saya telah dicekik dan ditolak oleh samseng yang berada disitu"

"Tersentak dengan tindakan itu, suami saya meniupkan wisel dan menjerit memanggil penduduk pangsapuri tersebut untuk datang membantu kami. Tindakan suami saya menakutkan mereka dan mereka segera beredar apabila melihat beberapa penduduk lain mula turun mendapatkan kami", ujar beliau lagi.

Pertengkaran yang berlaku diantara suami beliau dengan Norizam Tan itu difahamkan akibat daripada rasa tidak puas hati Norizam Tan dengan tindakan Puan Siti Habibah yang telah melaporkan penyelewengan keatas projek yang diusahakan Norizam Tan di kawasan tanah yang sepatutnya dibina sebuah kelas tadika bersebelahan pasngsapuri mereka.
Muhammad Daniel Iqwan Chong

"Kita hanya mahukan penjelasan terhadap projek yang beliau jalankan. Pasar mini yang beliau hendak wujudkan mendatangkan banyak  kebimbangan. Kedai yang bakal dibuka tersebut akan beroperasi selama 24 jam. Sudahlah kawasan pangsapuri tersebut sesak dan tidak punya parkir kenderaan yang mencukupi".

"Wujudnya pasar mini tersebut akan menambahkan lagi kesesakan di kawasan kami ini. Saluran longkang juga tidak sesuai. Kami bimbang bau busuk daripada sisa buangan daripada kedai tersebut akan menganggu kesihatan penduduk pangsapuri. Lagipun pembinaan pasar mini tersebut tidak ada dalam pelan pembangunan Majlis Bandaraya Johor Baru Tengah", tambah beliau lagi.

Selepas kejadian tersebut beliau segera bergegas ke Balai Polis Sentral untuk melaporkan tindakan kasar samseng tersebut. Beliau juga telah membuat pemeriksaan kesihatan kerana rasa sakit dibahagian leher, tangan kanan dan juga belakang akibat dicekik dan ditolak.

Insiden yang berlaku ini mendapat respon pantas daripada Penyelia Pusat Aduan Rakyat (PAR) Nusajaya, Tuan Haji Dzulkefly Ahmad yang bergegas membantu Puan Siti Habibah dan suaminya di Balai Polis Sentral dan di Hospital Sultanah Aminah.

Menurut Tuan Haji Dzulkefly Ahmad yang juga merupakan YDP PAS Gelang Patah, beliau berasa kesal dengan kejadian yang menimpa Puan Siti Habibah dan suaminya ini.

"Ini bukan zaman jakun. Kita ada undang-undang. Dan penduduka yang membantah pembinaan pasar mini tersebut melakukan bantahan mengikut lunas undang-undang.Kita kesal dengan tindakan yang menimpa keluarga Puan Siti Habibah ini"

"Laporan polis telah dibuat dan kita mengahrapkan pihak polis membuat siasatan yang terperinci. Motif ugutan terhadap mangsa sangat jelas oleh jawatankuasa pengurusan pangsapuri itu. Kita mahu sesuatu dilakukan oleh pihak polis samada melakukan pemantauan di kawasnan pangsapuri tersebut bagi mengelakkan insiden yang sama berulang", tegas beliau.

Turut hadir membantu mangsa adalah Timbalan YDP PAS Gelang Patah, Ustaz Salahuddin Dahiran dan Ketua Pemuda PAS Gelang Patah iaitu Ustaz Zaifiddin Isa.



**KLIK SINI untuk Iklan Teks produk anda dengan hanya RM5 sebulan!!**



PENAFIAN DAN PERINGATAN - Ini merupakan web rasmi Nusajaya Kini. Semua artikel di sini adalah hak mutlak Nusajaya Kini, tidak melibatkan sesiapa kecuali jika diletakkan nama pemiliknya. Semua gambar di web ini adalah hak milik Nusajaya Kini dan juga ehsan dari Google. Nusajaya Kini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh dikemukakan terus melalui email kepada kami di nusajayakini@gmail.com


Kongsikan pandangan anda


5 komen pembaca for "Penduduk Flat Jasa Dipukul Dan Diugut Samseng"

  1. MD Jufri Din says:

    see you in court..jangan cakap banyak...

  2. Tanpa Nama says:

    Court..mne..bodoh.....court mamouth...adalhhhhh........

  3. Tanpa Nama says:

    court bapak cow le bodoh...tu le cow banyak sgt brutang dengan court mamouth...xkan court badmington plak...bodo macm babi byk sgt makan duit haram..haha hidup PAS

  4. Tanpa Nama says:

    Kabor kat hj dzul dan ust saleh :-
    1. Suruh laki bini tu bayor dulu hutang maintenance rm2xxx..
    2. Disbbkn anak ust saleh tu dulu pernah eksiden di jln hang jebat tu lah jkuasa cdg buat kedai, dh lupa ke??
    3. Org yg duduk di dlm kwsn shj bole masuk meeting jgn nk putar belit crita serang guna samseng la mcm2 x baik fitnah.. Awk tu dh la pakai kopiah, org panggil tn hj ust2
    4. Dh xde isu sgt ke pas gelang patah ni?

  5. Tanpa Nama says:

    kalau dah sampai serang orang, pompuan pulak tu, tak rasa bersalah ke?
    macamni ke pemimpin sebuah organisasi yang perlu dicontohi?

Leave a reply

Terbaru di Nusajaya Kini

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Like Nusajaya Kini

Ruang Iklan

Fanpage Nusajaya Kini

Twitter Nusajaya Kini

Arkib

Jumlah Paparan Halaman

Daftar Ahli Blog Nusajaya Kini